Walau Seketika

Assalamualaikum. Minggu lepas aku balik bermalam di rumah. Walaupun dekat rumah lebih panas daripada KMPP, tapi rumah sendiri lagi membahagiakan hidup aku walau apa jua keadaan. Rumahku Syurgaku. Jumaat, Sabtu, Ahad. 3 hari, 2 malam. Memang luangkan masa dengan family 100% la kan. Kerja Kolej pun diabaikan buat sementara waktu.

Dan Alhamdulillah, hujung minggu lepas pada hari ahad, aku dapat luangkan masa bersama my beautiful niece and my handsome nephew. Walaupun seketika, tapi that moment begitu berharga sebab aku jarang jumpa mereka pada hari lain. Yelah, time aku dah nak balik matriks baru Abang dan Kak Ipar balik Pulau Pinang.

Dan… Aku masih rasa nak balik minggu ni. Perasaan nak balik tu tengah meronta-ronta dalam hati aku. Hahahaha 😛 Inilah padahnya bila tempat pengajian terlalu dekat dengan rumah sendiri. Asyik-asyik nak balik aje kerjanya. Ngeh3 rezeki saya la kan. Jangan jealous yer! Hee Alhamdulillah 😀

1

Dah macam dengan anak sendiri. Tapi ini anak menakan yer. Anak sendiri takdak lagi 😛 Bayang future husband pun dok gelap lagi. Hahahaha~

2

Anas mesti rasa dirinya disayangi sangat-sangat. Acu dengan Kakak Zinnirah bagi dua kiss sekaligus. Hahaha 😛

 

Advertisements

Bambam! Get Well Soon

Assalamualaikum. Mungkin ada hikmahnya minggu lepas aku berkeras juga nak balik bermalam di rumah even HEP susah sangat nak bagi kebenaran. Huhu~ Ingatkan bila balik, dapatlah bersantai dan senang lenang tapi dikejutkan pula dengan keadaan Bambam yang tak berapa nak sihat. Susah hati aku sepanjang cuti minggu lepas. Bambam adalah salah seekor daripada 8 + 6 ekor kucing aku di rumah dan Bambam sangat special dalam hati aku. Bila tengok dia sakit, serius perasaan sedih tu tak boleh nak sembunyi 😦 Menangis juga aku malam sabtu tu.

Memandangkan hari Ahad, semua klinik veterinar kerajaan cuti. Maka aku, kakak aku dan mak aku bergegas ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jalan Datok Kumbar, Alor Setar, Kedah. Kedah beroperasi pada hari Ahad kan. Vet sahkan Bambam menghidap penyakit batu karang yang mengakibatkan dia sakit dan tak boleh nak kencing macam biasa. Sedangkan manusia pun apabila diserang penyakit batu karang, menangis kesakitan inikan pula seekor kucing. Apalah dia tau kan. Mesti Bambam sakit sangat waktu tuh. Huhuhuhu 😥

Untuk rawatan, Bambam dibius supaya tak sedarkan diri dan satu tiub telah dimasukkan ke dalam saluran kencing dia. Tujuannya untuk mengeluarkan batu-batu yang block salur kencing dia. Hampir 2 jam baru selesai.

bambam 1

Selepas terima rawatan. Masih dibawah ubat bius. Pengsan tak sedarkan diri.

Pada hari isnin, Family aku nak balik ke Selangor. Bambam pun ikut sekali sebab dia sakit kan. Takkan nak tinggal dekat rumah. Bambam dah macam salah seorang ahli keluarga kami.

bambam 2

Dalam kereta. Dari Pulau Pinang nak OTW ke Selangor. Terpaksa pakaikan Bambam pampers sebab masih tak kuat nak berdiri dan uruskan diri. Kesian sangat dekat Bambam 😦

Sampai saja dekat Selangor, Abang aku yang kedua pula ambil tugas untuk bagi makan ubat, paksa makan dan minum. Semua tindakan tu dilakukan supaya Bambam cepat sembuh. Kami semua mahukan Bambam sihat macam biasa.

bambam 3

Kena paksa minum air. Walau apa pun, doktor haiwan pesan bagi minum air sebanyak yang mungkin. Masih pakai pampers 🙂

Dan keadaan Bambam masih lagi tak berapa nak baik. Masih tak boleh nak kencing dan Bambam berusaha menahan kesakitan menyebabkan mak aku buat keputusan untuk pergi ke klinik haiwan swasta yang terletak di Selangor. Dan sememangnya servis yang diberikan oleh klinik swasta sangatlah tip top! Klinik kerajaan sekali lagi menghampakan aku. Semasa menerima rawatan di Klinik Haiwan Swasta, sekali lagi batu yang menyerupai pasir-pasir kecil keluar. Dan lagi terkejut bila mak aku cerita yang doktor haiwan di Selangor kata ubat-ubat yang diberikan oleh klinik kerajaan is useless! Ubat tersebut buat keadaan tubuh badan Bambam bertambah teruk.

bambam 4

Ubat yang diberikan oleh Klinik haiwan swasta. Lepas Bambam makan semua ni, nampak sedikit perubahan positif.

bambam 5

Kesian Bambam. Nampak kurus sikit 😦

Semalam Bambam meraung kesakitan untuk sekian kalinya. Mungkin ada lagi batu yang tak keluar lagi. Hari ni Mak aku bawak semula Bambam untuk diberi rawatan di klinik haiwan swasta yang sama. Mohon takde apa yang serius sebab aku masih tak terima lagi update terkini. Sungguh sepanjang minggu ni aku susah hati. Asyik fikir aje macam manalah keadaan Bambam sekarang. Nak buat kerja pun rasa lambat. Risau sangat. Moga Bambam akan sembuh seperti biasa. Serius aku takut kehilangan dia. Sayang sangat-sangat dekat Bambam! 😥 Doakan Bambam cepat sembuh semua!

Wajah Syurga

Assalamualaikum. Mungkin pernah kau duduk di taman dan kau lihat gelagat dan telatah anak-anak kecil. Kalau bukan di taman, mungkin di pasaraya atau di kedai-kedai makan. Lantas kau tersenyum sendiri. Itulah the power of children right? Can make us smile just like that 🙂

IMG-20160306-WA0000

Pada 27 Februari 2016, lahirlah anak kedua abang sulung aku. Terbit perasaan gembira dalam hati ni. Perasaan yang sama juga selepas Nur Zinnirah binti Abdul Malik dilahirkan pada 2 September 2013. Sungguh dengan kehadiran mereka, maka bertambah besar dan meriahlah Family Jurit’s. Hehe 😀

Lihat anak kecil ini maka aku teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Anak itu seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi atau majusi.”

Dalam Surah Al-Anfal ayat 28, Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allah-lah pahala yang besar.”

IMG-20160307-WA0004

Nur Zinnirah binti Abdul Malik.

Muhammad Anas bin Abdul Malik.

Moga awak berdua membesar menjadi manusia yang taat pada Allah, ikut sunnah Rasulullah dan soleh dan solehah pada ummi dan abah. Acu sayang awak berdua kerana awak berdua terlalu special dalam hati Acu. Hehe 🙂

Proudly Blood Donor

Assalamualaikum. Pada hari Sabtu yang lepas, (27 Februari 2016) KMPP telah melaksanakan satu program yang dinamakan Karnival Sains secara besar-besaran. Memang teruja dengan acara perasmian Karnival Sains baru-baru ni. So many suprised!

IMG-20160224-WA0006

Banyak aktiviti yang dianjurkan tapi aktiviti yang paling best ialah Kempen Derma Darah. Dan itulah satu-satunya aktiviti yang aku join sebelum aku balik terus ke Kompel. Aktiviti yang lain langsung aku tak pergi. Rasa rugi pulak tapi nak buat macam mana kan. Lepas aje habis derma darah, aku terus rasa macam letih + tak sihat. Dan hari yang sama juga, terus aku demam. Huahuahua penangan derma darah mungkin 😛

Ok memandangkan ini pengalaman pertama aku derma darah, So nak ceritalah pengalaman serba sedikit. Firstly, dapat satu borang untuk diisi. Many questions to answer but just choose yes or no. So just an easy task I guest. Then lepas dah isi borang, kita pergi dekat nurse maybe. Dan mereka akan check paras haemoglobin kita dan paras haemoglobin mesti 12 ke atas. Berat badan pula kena 45kg ke atas. Kalau syarat-syarat dekat atas tak dipenuhi, sorry to say but you cannot donate your blood 😦

Dan mereka juga akan check kita punya jenis darah dan darah saya A positive. Baru tahu uolss. Eksaited kejap sebab darah aku sama dengan Anis! Hahaha 😛 Lastly, dia akan check kita punya blood pressure. Aku ingat aku tak lepas but then Alhamdulillah lepas jugak! Finally, 350 mL of my blood (A+) was safely donate to Hospital Pulau Pinang.

IMG-20160227-WA0004

Dapat sijil. After this, kalau aku nak derma darah lagi, don’t forget to bring this along 🙂

Derma darah is a good thing actually. It can save many people. In shaa Allah I will donate my blood again if I have chance. Every blood donor is a hero. So lets be hero together. Would you? 🙂

Sambutan Hari Jadi Yang Ke-19

Assalamualaikum. Yup! Mengikut tajuk di atas, hari jadi aku dah pun berlalu pada 20 February yang lepas. Tak disangka-sangka, ada kejutan yang menanti pada hari tersebut. Hehe 🙂 Hakikatnya seumur hidup aku, tak pernah orang sambut birthday besar-besaran macam ni. Paling kurang pun, kengkawan dan keluarga hanya wish guna mesej aje. Tak pun, tak wish langsung. Keluarga aku tak mementingkan sangat birthday-birthday ni. Penting sangat ke? Pada pendapat aku, birthday ni hanya peringatan untuk terus mencari amalan untuk dibawa di akhirat nanti. Makin meningkat umur, makin dekat dengan hari kematian. Kan?

Terima kasih sahabat kerana mengingati hari jadi diri ini. Mereka berlima dah lama rancang nak buat suprised. Siap buat group whatsapp lagi. Beli kek dan buat kad ucapan yang suwiitttt suwiittt sangat. Terharu mak nak. Moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. Suraya, Lian, Farah, Anis dan Alang. Terima kasih juga dekat kengkawan praktikum yang wish birthday dekat group! 🙂

Malam yang sama juga, roomate buat suprised dalam bilik. Beli kek dan hadiah. Sungguh aku beruntung ada roomate macam diorang bertiga. Kami mesra, mesra sangat-sangat. Ramai kengkawan aku yang tak berapa mesra dengan roomate diorang, tapi aku bersyukur kerana dapat sebilik dengan Jannah, Azreen dan Jun. Actually, banyak yang aku nak cerita pasal roomates aku yang paling best ni. Tunggu aku post entry special for my beloved roomates!

IMG-20160219-WA0018

Suraya and Anis

IMG-20160219-WA0017

Lian, Alang, Farah, Suraya, Anis

IMG-20160219-WA0012

Dan hari berikutnya, (21/2) my mother and big sister pula bawa aku pergi keluar outing. Katanya nak beli barang aje, tengok-tengok pergi parking depan Restoran KFC. Waaaaaaaaa terima kasih Mak dan Kakak sebab belanja orang KFC. Memang dah lama mengidam nak makan KFC. Semalam (20/2) aku melawak dengan kakak aku suruh belanja KFC, esoknya (21/2) dah ditunaikan. Alhamdulillah kenyang. Pulang semula ke KMPP dengan hari yang ceria.

IMG-20160221-WA0007

Mak and Kakak saya

Yang sebenarnya, inilah Sambutan Birthday yang paling best dalam hidup aku. Sekarang baru aku tahu kenapa ramai senior matriks yang rindu nak masuk matriks balik. Life dekat matriks memang awsome! Terima kasih semua! Tak percaya dah 19 tahun. Huhu tua dah akuuuu~

 

Ilaliqa’

Cik Shiqah
Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Aku Mahu Terbang

terbang-tinggi1

Aku mahu terbang di atas langit biru itu. Menikmati ketenangan dan kebahagiaan di atas sana. Bersama burung-burung yang masih kenal erti hormat sesama makhluk. Walaupun seekor burung. Aku kagum dengan peribadinya. Di atas langit biru itu, aku boleh terbang bebas tanpa memikirkan masalah yang berkerumun di jiwa. Biarkan saja masalah-masalah itu jatuh satu persatu di atas lantai bumi, aku rela. Biarkan saja masalah-masalah itu dibawa angin lalu, aku sangat merelakannya. Melarikan diri? Mungkin. Arghh, pegecutkan aku?

—————–

Aku mahu terbang. Tapi mungkin langit yang cerah itu akan berubah menjadi kelam. Mungkin saja warnanya yang biru itu berubah menjadi kelabu-hitam. Sungguh saat ini aku mahu kekecewaan ini diganti dengan titis-titis hujan yang lebat buat kali terakhir. Biar semua perasaan ini pergi tidak kembali lagi. Namun aku tertanya-tanya, kenapa harus aku berperasaan sebegitu sedangkan aku tidak layak langsung mempunyai sekelumit pun rasa itu?

—————–

Sungguh aku mahu terbang sekarang.

Tolongkah fahami diri ini.

 

Yang Mengharap,

Aku Mahu Terbang.

Jalan-Jalan Putrajaya

1

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita hari ini. Alhamdulillah, mempunyai kelapangan untuk update blog kesayangan ni. Cuti raya cina pun dah sampai penghujungnya tapi aku masih cuti yer. Hari Ahad ni baru balik ke matriks semula. Aktiviti cuti ni, aku dan keluarga dari Pulau Pinang pulang ke tempat membesar iaitu, Beranang, Selangor. 16 tahun di Selangor, tak mungkin aku lupa memori dekat sana walaupun sekarang dah menetap di Pulau Pinang.

——–

Kitaorang bertolak dari rumah hari Sabtu lepas. Memang perjalanan kitaorang laju aje, tak terganggu dengan jammed. Tapi tengok sebelah, fuhhhhh jammed teruk. Memang tension la kalau aku dekat lorong sebelah tu. Semua manusia nak pergi balik kampung nun jauh di utara tu. Kami aje melawan arus nak pulang ke selatan. Hahaha 😀

——–

Semalam hari Isnin, baru kami jenjalan sungguh-sungguh. Kami pusing-pusing Putrajaya. Ingatkan tak ramailah manusia sebab semua dah balik kampung tapi jauh terpeleset semua tu sebab ramai lagi manusia rupanya. Nak cari parking pun susah! First, kita pergi berjimba dekat IOI City Mall, Putrajaya.

2
Kita jalan-jalan cuci mata dulu dekat sini. Sangatlah ramai dengan manusia dalam tuh. Abang aku dalam kereta cakap, “tak ramai kot orang dalam tu sebab ramai balik kampung.” Tapi indah khabar dari rupa aje lah.
3
Nampak tak pokok besar warna pink dekat belakang tu? Itulah hiasan paling gah untuk Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di IOI City Mall ni. Ramailah orang dok berselfie, berwefie dekat situ. Serius cakap memang pokok tu cantik. Macam pokok sakura gitu. Dekat persekitaran mall, ada pokok-pokok sakura juga tapi saiz lebih kecik daripada yang ini. Tapi memang cantik gila lah!

4

Sekarang, kita dekat Icescape! Siapa-siapa yang nak rasa main ice skating, bolehlah datang sini. Boleh feeling-feling macam dalam drama korea uolss! Bila datang aje dekat sini, korang akan disambut oleh tiga penguin yang comel seperti dalam gambar tu. Bawah ni aku nyatakan sekali bayaran untuk ice skating ni.

 

Hari biasa: RM23

Hari minggu/ cuti sekolah : RM28

Pelawat: RM5

Stokin :RM6

Gloves: RM9

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam

Kalau nak jimat, bawaklah sendiri gloves dengan stokin tu. 6+9 = RM 15. Korang boleh beli banyak benda kot guna RM 15 tu. Dan lagi satu. Jangan risau kalau korang tak pandai main ice skating sebab akan ada penguin comel yang boleh membantu. Penguin tu berfungsi macam tongkat yang akan menuntun korang untuk berdiri dalam dataran ais tu. Aku tak sempat nak bergambar! Rugiii sungguh la~~

 

5
Tempat ni pun salah satu tarikan dekat IOI City Mall, Putrajaya ni. The Symphony. Aku rasa mungkin air dekat situ akan bergerak ikut nada lagu kot. Tapi time ni takda lagu pon. Cantik tempat ni. Dekat seberang dia ada telur dinasour. Tapi disebabkan kemalasan nak menyeberang tu, so gambar bersama telur+anak dinasour pun takdak laa 🙂 Lain kali, In shaa Allah pergi sana.
6

Lepas dah pusing-pusing satu IOI City Mall Putrajaya, kami pun singgah ke Masjid Putra, Putrajaya. Punyalah susah nak cari parking sebab ramai sangat orang dekat situ. Salah satu keistimewaan dekat Masjid Putra ni, nak masuk dalam kena melalui pengawal yang diarahkan untuk meneliti tatacara pemakaian kita.

———

Andai kata pemakaian kita tak sesuai untuk masuk dalam masjid seperti pakai baju atau seluar ketat, pelancong-pelancong yang bukan Islam atau dengan kata lain orang-orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna, mereka akan disuruh menyarungkan pakaian yang umpama jubah berwarna merah. Memang rasa pelik jugalah sebab ada orang dok perhati kita atas bawah, atas bawah. Hehe 😀

7

Lepas tu, kitaorang pon pergilah Tasik Putrajaya. Time ni memang letih dah nak bergambar tapi aku gagahkan jua. Sakit kaki usah dikata. Hahaha dekat sini ada food courts. Nak dijadikan cerita, pergilah satu gerai nak beli aiskrim. Kami beli aiskrim milo 3 dan aiskrim drumstick coklat 1, dan total harga semua RM 14. WOIII! Terkejut beruk kami, awat mahai sangatttt.

——–

Nak tahu berapa harga aiskrim milo tu? Aiskrim milo tu RM 3 yang sepatutnya harga sebenar dekat luar RM 1.50 sahaja dan aiskrim drumstick tu RM 5 yang sepatutnya dekat luar RM 2.50 sahaja untuk setiap satu aiskrim. Memang orang yang jual tu tipu harga kaw kaw punya. Bengang weyh tapi beli jugak! So korang yang baca ni, jangan beli dekat peniaga yang memang sah-sah tipu pelanggan. Aku tak boleh terima sebab harga aiskrim sepatutnya standard. Fuhhh sabooo je lah~

——–

Dan setakat itu ajelah pengembaraan kami di Putrajaya. Memang letih tapi best! Harini nak balik Pulau Pinang dah. Doakan perjalanan kami selamat yer semua 🙂 More picture to show!

 

a

With my mother and big sister

b

Mother and son

c

husband and wife

SnjAshiq

Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Continue reading
Follow on WordPress.com

Hari Kian Berlalu

September 2017
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
suhailareh

find your god

AL

"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.”

Kekka

My goal is not to be better than anyone else, but to be better than I used to Be .

YOU REAP WHAT YOU SAW

Just do your best and HE will do the rest

thefrshaa

"SHE MUCH STRONGER THAN SHE THINK"

theschiuma

" She's talking through heart "

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

eyesofamortal

The world is yours to explore.